10 Aug 2019

Mom’s talk | First time i’m being a mom ii

First time i being a mom

Hai semua!! Lama sangat dah tak sentuh blog. Start stop kejap blog sebab banyak benda perlu diselesaikan. 

So, apa khabar semua?? 

Hari itu dah ada first talk of being a mom . Now, untuk second chapter. Well..... untuk semua orang memang akan mengalami macam-macam pengalaman tak kira untuk first, second or third born. Like mine?? Ofcourse tak kurang juga.

For this second episode, i’m going to talk about how i raised my baby. So, i’ll share some experience such as ,

Barang-barang baby yang wajib ada sepanjang berpantang dikampung.

  1. Pampers and wipes
  2. Bengkung baby (5helai prefer zap on)
  3. Bedung baby (atlest 3 helai)
  4. Baju lubang-lubang (sebab cuaca kadang panas )/ Tops / Rompers (7 helai cukup )
  5. Buaian (if needed)
  6. Sarung tangan and kaki bayi
  7. Sapu tangan
  8. Lactulose untuk lembutkan najis (wajib kalau ada masalah sembelit but minta nasihat doktor first
  9. Shampoo mandian bayi 
  10. Nappy cream ( sebab takut bahagian punggung beruam ) 
So, ini antara barang yang Anna prepare bawak balik kampung. Senang je. Tak perlu banyak-banyak sampai kembung beg. Sebab dekat kampung selalunya kita sebulan je. Barang pun basuh and pakai semula. 

Sepanjang proses berpantang ni apa yang paling Anna stress is bila benang jahitan masih belum kering. So, apa cara dia is setiap kali lepas mandi or buang air make sure korang kena cuci elok-elok sampai kering. Tapi don’t stress yourself sebab benda tu akan tercabut sendiri slowly.

But, something happened to me. Anak Anna mengalami kekuningan yang quite high. As time fly, weight dia pun berkurangan. Memang cengkung la.
Katanya sebab salah penyusuan. 

Masa checkup 2 bulan, doktor arahkan Anna bawak syifaa ke Emergency sebab Syifaa suspect ada jantung berlubang. This is the reason kenapa Syifaa kurus je. Masa dekat hospital, memang agak penat dan stress. Well, bukan senang baru nak berjimba dekat rumah tetibe kena warded. Tengok anak kena cucuk amik darah setiap hari memang rasa nak menangis tau!

Sekarang Syifaa dah 9 month old and tak lama lagi dia akan dapat injection. So, lepas kejadian tu, doktor pakar nasihat Anna untuk berikan Syifaa minum susu premium sebagai energy booster dia. Alhamdulillah! Everything went well and sekarang berat seiring umurnya. 

Inilah pengalaman Anna menjadi first mom. Korang bagaimana pula??

 2 month old in the hospital

8month coming to 9 month old after gave her Enfalac a+

3 Aug 2019

How to use a product without spatula or spoon

Tahukah Anda ?? 💡

Any clay mask, scrubs, or apa saja dalam bekas, elakkan dari menggunakan jari walaupun sudah dibersihkan.

Yes! Takde sudu atau apa pun untuk dikorek. Then buy a spatula atau guna sudu plastik KFC . Ini sebab nak elak dari berlakunya contamination.

Apa tu contamination??

Maksudnya, berlakunya kerosakkan disebabkan oleh sentuhan. Sebab kita tak tahu tahap kebersihan jejari kita pada produk tersebut. 

Benda-benda macam ini is very fragile. Sebenarnya bahan itu telah disterilekan. That’s mean, ia telah di nyahkuman supaya produk tersebut bertahan lebih lama dan disarankan simpan bekas tersebut dikawasan yang jauh dari air dan suhu yang tinggi. Tetapi, ada sesetengah dari kita unaware and lack of knowledge berkenaan dengan perkara sebegini. So, sentuhan itu perlu.

Jadinya, lepas ni kalau boleh beli spatula atau sudu plastik ya. Barulah selamat untuk digunakan 😉 Love your skin ♥️


18 May 2019

Mom’s talk | First time i being a mom

Hai alls! Serius lama betul tak sentuh blog ni. Nak karang ayat pun tak sempat. Boleh dikatakan beberapa minggu ni busy so much! By the way, selamat berpuasa semua!

So, suddenly i rememorized back the time i gave birth to my princess. Now she is 6 month old. She is my first born. Sepatutnya tarikh yang diberitahu doktor is 12/11/2018 tapi dia nak jenguk dunia awal plak. So, dia keluar 8/11/2018. Alhamdulillah! Segala process dipermudahkan. Start dari pukul 1 pagi i sakit sebab false alarm tapi slowly the pain getting quicker. Dalam pukul 2 pagi my husband bring me to the HKL EMERGENCY. Masa tu bangunan ibu dan anak tak siap lagi. So, i was there and the doctors was checking on me. Boleh tahan sakit juge menahan false alarm ni. Masa tu segala jejari menjadi sejuk. Tak tahu nak kata. Teringat segala dosa dosa yang Anna dah kumpul. Masa tu memang istighfar sepanjang rasa sakit. 
Masa ni dia baru 6 month old. dan bersedia everyday kena gigit dengan i.

Dalam pukul 6 after cuncun azan Subuh. They bring me to the labour room sebab staffnurse cakap dah bukak 5 cm. (Bila teringat balik kenangan sakit labouring ni aduh! Trauma!) . Lebih kurang 2 jam jugelah I struggle dalam labour room ditemani husband I. Dia antara makhluk Allah yang paling excited nak tengok process labour. ( Baru dia tahu betapa sakitnya nak melahirkan ). 

Alhamdulillah by 8.28 am My first born , a baby girl with weight 2.59kg named Nur Syifaa Anaqi. Serius macam tak percaya je masa tu. Terasa ringan sangat badan bila perut dah kosong. And happy gila sebab dah ada peneman baru. ^^

so, sepanjang process berpantang Anna, macam macam yang Anna kena hadap. But, apa yang Anna boleh katakan, be cool and chill for every circumstances. Berpantang is not easy and dalam pantang lagilah tak easy. Sebab kita akan handle dengan emosi dan sebagainya. So, bagi yang ada duit lebih tu if nak upah orang jaga masa berpantang tu bolehla...sebab kalau berpantang dengan mak sendiri kena tahan bebelan. hikhik!

First time jadi mak kan, well is not easy beb. Semuanya kekok jadinya. How to handle a baby when she needed breastmilk. how to handle baby nak mandi? and etc .....

So, untuk first time pengalaman, my mom helps me alot! Thank MA! Serius tak semudah yang disangkakan. Bukan senang nak pegang baby yang baru freshly keluar dari perut naknak kecik keding tu. Salah pegang boleh jatuh or hurt them tau!

Tapi, masa Anna lagi berapa bulan nak bersalin tu baru Anna beli barang siapsiap. Taknak awal2 sebab lagipun masa tu Anna tak tahu jantina baby. Serius setiap kali nak scan je mesti dia kepit. Ouh Stress! haha... But as long that dia sihat okayla kan. So, Anna beli benda2 penting macam

  1. Maternity pad jenama Intimate well easy to handle 
  2. pampers anak paling penting!!
  3. Maternity bra 
  4. baju baby untuk dia pakai for sepanjang 100 hari sebab nanti selepas 3 bulan body shape lari dah!
  5. Barang mandian.
Sebenarnya kalau ada budjet lebih beli lah lebih. Tak apa.... nanti guna juge. Oh by the way, nanti orang yang datang bagi hadiah pun banyak so memang korang boleh jimat dari situ dah sebenarnya. Nanti bagilah nama anak siapsiap senang korang nak isi borang nanti. Nak nak kalau korang jenis yang lepas berpantang akan balik kampung macam Anna. So, senang nanti husband korang nak pergi JPN daftar nama baby. Macam Anna plak, Anna bagi nama and tarikh lahir then dia pergi je. Baby lahir Kl so daftar pun Kl.

HMMMM....untuk para ibu yang bakal bersalin, semoga dipermudahkan segala urusan okay. Don't yell Don't shout just chill. Banyakkan beristighfar dan ingat Allah. Ingat yang baik baik , sebut yang baik baik. 

bye!!

24 Apr 2019

Bahan apa yang ada dalam produk homemade ni? (Organic French Pink Clay Mask)

Hai alls! Semalam Anna ada share pasal Organic French Pink Clay Mask kan?! Ni Anna nak kongsi berita gembira. Sebenarnya, Clay mask ni bukan setakat homemade product even bahan bahan yang digunakan adalah bahan premium yang sesuai digunakan untuk setiap peringkat umur dan kulit.
Hmmm 
  1. Rosehip Oil
  2. Avocado oil
  3. Aloe vera extract
  4. French pink clay
  5. Kaolin clay
*gambar hanya contoh sahaja*
Antara bahan yang digunakan dalam clay mask kita adalah bahan premium yang sangat tinggi dengan pemulihan, anti radang , pengecutan dan sebagainya. 

Pernah tak ada yang acknowledge kewujudan clay?? Sejujurnya Anna tahu lumpur je. Haha! Itu pun sebab tengok Running Man. Baru tahu bukan semua lumpur elok untuk skin. Kalu guna yang jenis tak bersih tu naya. Haha!

Okay, harini Anna terasa nak share tentang Pink Clay. Salah satu bahan yang telah digunakan dalam #OrganicFrenchPinkClay kita. 
Sebenarnya, banyak juge clay yang ada didunia ni cuma kita acknowledge yang beberapa jenis sahaja. 


Antara jenis2 clay yang Anna tahu :
•Fuller’s Earth Clay (Elok untuk oily skin)
•Kaolin Clay (Dicampur dalam Organic French Pink Clay)
•French Green Clay

And banyak lagi sebenarnya.

Tapi, mesti korang pelik why?? #LukLab guna French Pink Clay and Kaolin Clay untuk produk homemade kalini. 

Kenapa #LukLab guna Pink Clay? Kenapa tak guna clay lain?? Sebab Pink clay antara clay yang paling ringan dan mempunyai gabungan Clay berwarna putih dan Merah. Maka, terjadilah clay berwarna Pink. [Teka je sebab campuran warna kan]!! Hehe

Sebenarnya, penggunaan clay mask ni sememangnya dah lama diamalkan naknak sejak zaman dynasti dynasti yang korang tengok dekat tv. Sebab tu la kot kulit diorang bersih mulus. Diorang guna clay ni setiap hari. Kira kalau zaman dynasti tu ibarat macam daily used diorang juge la. Dari barang mandian, sampai ke muka sampai ke cosmetics. Memang itulah yang diorang gunakan untuk kulit diorang. Yelah! Zaman dulu bukan macam sekarang. Lagipun, tempat diorang sememangnya tempat wujudnya clay ni. 

Pink clay ni boleh digunakan untuk [Normal Skin] dan [Sensitive skin]. Kalau nak tahu kulit korang boleh terima atau tak try buat Patch Test dulu dekat lengan korang. 
Clay mask yang baru lepas dibrew freshly


Sincereview dari adik Anna.

Sincereview 


Apa yang best dengan Pink Clay ni, 

•Dia boleh remove kulit mati, kulit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. (Detoxifying)
•Memberikan kesegaran kulit dan menyihatkan kulit secara menyeluruh.
•Boleh merawat kulit yang terkena sunburn.
•Mengecutkan Jerawat dan pori2 yang terbuka tanpa memberi kesan kemerahan atau pedih. 
•Juga boleh digunakan untuk mereka yang ada kulit sensitif.
•Menyerap lebihan minyak , melakukan deep cleansing dimana segala kotoran yang susah nak dibuang semasa melakukan cleansing dan mengurangkan penyembab penyumbatan pori pori.

Application: 
•Digunakan sebagai detoxifying 
•Facial Mask #OrganicFrenchPinkClayMask
•Scrubs [ Bila masker dah kering boleh slowly scrubs pada kulit] 
•Deep Cleansing

So, saranan untuk mereka yang menggunakan clay 

•Age 30 and above seeloknya amalkan 3 kali seminggu.
•Age 30 and below seeloknya amalkan 2 kali seminggu.
So that it can stimulate your skin, tona menjadi sekata dan memberi keanjalan kulit.

ORGANIC FRENCH PINK CLAYMASK
80gm

KEBAIKAN DAN FUNGSI

💖 Melembapkan wajah
💖 Mengecilkan pori- pori
💖 Mengurangkan garisan halus

💖 Mengurangkan dark spot


💖 Detox kulit wajah
💖 Mengecutkan jerawat
💖 Mengurangkan eyebag
💖 Menganjalkan kulit

100% Homemade
Natural
Tanpa paraben,  pewarna dan bauan
Harga termasuk postage | RM45

Berminat?  Boleh hubungi
www.wasap.my/60189549028/claymask



20 Apr 2019

Homemade product??

Hai alls! Harini rasa nak share simple2 story jer. So, lets jump to the story.

I can see, masih ada lagi yang tak alert kebaikkan homemade produk. Yup! Masih ada yang suka dengan slogan be pretty in 3 days. But you know what? You can’t be Cinderella in just 3 days. Masih ada lagi ke yang berminat nak jadi cantik secepat 3 hari? 

Mana lagi penting? Kulit bersih makeup cantik atau kulit so-so but makeup tebal??

This is not a poll. But to me, biar kulit bersih makeup pun cantik and tak bercapuk. Bila tengok pun rasa keyakinan tu mula menebal dalam diri. Nak selfie pun tak rasa takut. Meh Anna nak share sikit bagusnya tanah liat dan Organic French Pink Clay.


Pernah tak ada yang acknowledge kewujudan clay?? Sejujurnya Anna tahu lumpur je. Haha! Itu pun sebab tengok Running Man. Baru tahu bukan semua lumpur elok untuk skin. Kalu guna yang jenis tak bersih tu naya. Haha!

Okay, harini Anna terasa nak share tentang Pink Clay. Salah satu bahan yang telah digunakan dalam #OrganicFrenchPinkClay kita. 
Sebenarnya, banyak juge clay yang ada didunia ni cuma kita acknowledge yang beberapa jenis sahaja. 

Antara jenis2 clay yang Anna tahu :
•Fuller’s Earth Clay (Elok untuk oily skin)
•Kaolin Clay (Dicampur dalam Organic French Pink Clay)
•French Green Clay

And banyak lagi sebenarnya.

Tapi, mesti korang pelik why?? #LukLab guna French Pink Clay and Kaolin Clay untuk produk homemade kalini. 

Kenapa #LukLab guna Pink Clay? Kenapa tak guna clay lain?? Sebab Pink clay antara clay yang paling ringan dan mempunyai gabungan Clay berwarna putih dan Merah. Maka, terjadilah clay berwarna Pink. [Teka je sebab campuran warna dua clay kan]!! Hehe

Masa tengah pregnantkan syifaa. Bahan campuran dia tidak mendatangkan bahaya seperti chemical.

Suami Anna pun suka pakai clay mask ni.


Sebenarnya, penggunaan clay mask ni sememangnya dah lama diamalkan naknak sejak zaman dynasti dynasti yang korang tengok dekat tv. Sebab tu la kot kulit diorang bersih mulus. Diorang guna clay ni setiap hari. Kira kalau zaman dynasti tu ibarat macam daily used diorang juge la. Dari barang mandian, sampai ke muka sampai ke cosmetics. Memang itulah yang diorang gunakan untuk kulit diorang. Yelah! Zaman dulu bukan macam sekarang. Lagipun, tempat diorang sememangnya tempat wujudnya clay ni. 

This is how it look like.

Sebekas berat 80gm Rm45 shj. 
Terdapat campuran French Pink Clay, Kaolin Clay, Avocado Oil, Aloe Vera extract, Rosehip Oil.

Pink clay ni boleh digunakan untuk [Normal Skin] dan [Sensitive skin]. Kalau nak tahu kulit korang boleh terima atau tak try buat Patch Test dulu dekat lengan korang. 

Apa yang best dengan Pink Clay ni, 

•Dia boleh remove kulit mati, kulit yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. (Detoxifying)
•Memberikan kesegaran kulit dan menyihatkan kulit secara menyeluruh.
•Boleh merawat kulit yang terkena sunburn.
•Mengecutkan Jerawat dan pori2 yang terbuka tanpa memberi kesan kemerahan atau pedih. 
•Juga boleh digunakan untuk mereka yang ada kulit sensitif.
.Juga membantu mengurangkan kehadiran lebihan minyak yang menyebabkan pori pori tersumbat. (Sebab tulah muka penuh jerawat)

Application: 
•Digunakan sebagai detoxifying 
•Facial Mask #OrganicFrenchPinkClayMask
•Scrubs [ Bila masker dah kering boleh slowly scrubs pada kulit] 
•Cleansing (Deep cleanse)

Masa baru apply.

Biarkan Clay mask tersebut mengering selama 10-15 minit. Ia kelihatan seperti menghilang tetapi sebenarnya ia dalam proses diserap. Segala lebihan minyak, grease, pori2 yang tersumbat, jerawat yang malu nak mengecut akan dia DUSH DUSH kan. Lepasni memalulaaa diorang nak stay dekat muka. 

After 15 minutes.

So, saranan untuk mereka yang menggunakan clay ;

•Age 30 and above seeloknya amalkan 3 kali seminggu.
•Age 30 and below seeloknya amalkan 2 kali seminggu.
So that it can stimulate your skin, tona menjadi sekata dan memberi keanjalan kulit.

Masa mengandung Syifaa, Anna memang sentiasa pakai clay mask ni. Even, masa berpantang pun clay mask je Anna amalkan. Ramai yang puji Anna kulit bersih walaupun orang kata hormon mengandung ni boleh effect kulit kita. 

Nanti Anna share gambar sikit ye. Mana tahu ada yang minat 😘


Anna dengan adik Anna memang pengguna Clay Mask. Inilah hasil kulit kitorang selepas mengamalkan Organic French Pink Clay Mask. 

Tester ni kawan Anna yang share pada Anna. Dia mengalami masalah kulit kusam, tona tidak sekata. 

So, kalau ada yang berminat boleh pm Anna terus ke nombor 018-9549028. For temporary, clay mask akan discontinue until Julai tau. So, temporary ni siapa yang berminat kena tunggu until Julai. Tapi, Anna ada produk lain plak nak ceritakan. Nantikan kehadiran story baru Anna hokey!!

Selamat membaca!! ❤️

19 Apr 2019

Soup simple telur + kentang

Hai alls! Hari Khamis malam tu terlebih rajin. Tetibe teringin nak makan soup jernih. So, i decided to boiled some soup! Wallah!! Memang best! Bebudak pun suka.

Serius simple sangat. Selama ni Anna selalu tak dapat step yang betul cara nak buat sup tu. Rasa dia yang selalu dekat kedai pun tak dapat. Maybe cara salah kotttt.

So, now, Anna dah dapat step like masakan kedai. Jadi, Anna nak share a simple style of soup eggs and potatoes. ❤️

Simple recipe:
  • Bawang india sebijik
  • Halia sedikit sahaja
  • Telur dua biji (ikutlah berapa yang uolls nak letak )
  • Sedikit pes ayam adabi potong half
  • Kentang 

  1. Boil plain water dulu. Agak2 dah mengelegak korang letak la bawang india yang dah dipotong tu. Anna suka bawang india. Masaklah apa pun mesti mantap je rasa masakan tu. maybe terlebih bau and lemaks kot. Ahaha!
  2. Agak2 bawang tu dah tukar warna. Masukkan kentang dulu. Kita boil bagi dia lembut. Makesure api lembut and tutup sikit dengan periuk. So wait for 20 minutes ker. Agak2 dah empuk tu ( try cucuk dengan sudu).
  3. Masukkan pes ayam adabi tu. Tabur tabur je. Nak buat rasa ada ayam tu. 
  4. Masuk kan telur sebijik bye sebijik. Nak cantik telur kuning tu, pecahkan slowly dalam mangkuk then tuang dalam periuk.
  5. Lepas telur dah masak. Masukkan sedikit garam. Then siap!! Dah boleh dihidangkan.
Rupa sup telur kentang yang sebenar.
Lighting tak cantik.hewhee

                     Dah siap dah. Very easy je.

Husband Anna pun jenis makan simple je. Janji ada telur, ayam , kicap. Tu jer. Senang kan. Selamat mencuba tau!! 

Ps : korang tambah la apa korang nak tambah. Ada yang tambah sup daun. Ada yang tambah bawang goreng. Ada yang tambah ayam sikit. Depends.




Untuk yang nak menggunakan handphone (IOS) berblog-in

Hai!! Lama nyaaa Anna dah tak blog-in. Sorryla.. idea hilang. Tak tahu nak tulis pasal apa. Nak tulis time Syifaa ada, nanti dikacaunya. So, i focus betul2 dekat dia bila dia ada dengan Anna.

Haaa... memandangkan Anna ni ada masalah nak berblog. So, Anna terpaksa cari cara untuk memudahkanAnna post stories. Usually, bila adik Anna ada, i akan pinjam laptop dia. Dah dia tak ada, kenalah guna handphone Apps (IOS) punyer.

Antara apps yang boleh digunakan yang Anna rasa best laa... 



So far, easy blog Anna dah guna hampir few month juge la... best! Senang sangat nak update. 


Tapi, bila nak upload gambar leceh sikit. Anna terpaksa pergi ke google. Now, Anna dah jumpa new solution. Anna sekarang guna ‘Blogg’. Which is senang sangat nak upload gambar. Sebab dia dah sediakan button berbanding ‘Easyblog’. 



Ni Apps ‘Bblog’

So, bagi mereka yang terasa nak berblog-in dengan mudah. Bolehlah try apps tu. yang blogo not so sure. Sebab Anna try tapi tak dibenarkan. 

Haaa... siapa yang ada apps blog lagi canggih jomlahshare.

Selamat mencuba semua! 

10 Apr 2019

Breastmilk Storage Favourite Anna

Hai alls!! Masa menulis is 7:17am sebab Anna kebosanan sampai awal dekat office. But not really awal pun sebab waktu masuk 7:30am.

So, asik cakap pasal diri Anna je, meh nak share something usefull. 

Anna is a breastfeed mom. So far memang kena pump susu pun. Actually Anna ada problem dengan keluaran susu but i tried my best to supply a lot of milk for Syifaa. So, walaupun susu sikit Anna tetap beli breastmilk storage bag. Anna dah try dua jenis, so far, most favourite Anna is jenama Aautumz.


Tak tahulah kenapa, maybe sebab dia mudah handle kot. Ada je jenama lain yang best tapi Anna tetap suka yang ini. Dengan double zip lock dia yang kejap and kemas. Terbaikkkk! 


*this is a non-paid-review*

Siapa yang pernah guna mesti dia tahu. 

Meh ni nak share storage guidelines dengan instruction.


Make sure para ibu follow tau. Yang akan menjaga anak menantu berpantang pun boleh follow. Yelah. Setitik air susu tu sangatlah berharga nilai dia. Kalau tertumpah boleh menangis naknak macam Anna yang mengalami masalah susu yang mempunyai jumlah sedikit. ^^

Ps : susu badan ni sangat penting untuk anak kita. Tapi, susu formula pun bagus juge untuk anak kita. So, yang ada masalah susu jangan stress hokey!!



6 Apr 2019

Throwback

Hai alls! How was your day?? I’ve been silent for few days ofcourse mencari ilham. Tapi tulah, busy teruk gak sampai banyak yang tercicir. Macam ni la bila dah kerja dengan orang. Doakan impian Anna and husband nak bukak business sendiri tercapai eh. When 1000 people who scroll my feed but 50 people make a doa for me it’s not impossible kan. ^^

So, harini rasa macam nak throwback sikit which i had stated on my watsapp status. Bila dah jadi mak ni teringat macam mana kita masa dahulu. Anak yang selalu sakitkan hati mak. I’m an orphan. My dad passed away when i was 12 years old. Car crash. Orang langgar. So, orang yang paling Anna rapat the most dah tak ada. Kitorang 3 beradik tak rapat sangat pun dulu. Jumpa je gaduh. Buat apa pun gaduh. Rasa sangat tak puas hati everyday. Time tidur je tak gadoh. Haha!
Sajurrr update

Kadang rasa macam bersalah sangat dekat mak sendiri sebab jadi anak yang useless dulu. Cari kasih sayang dengan orang lain ( not love hokey!). So, memang tak rapat dengan mak sendiri. And dia pun memang lebihkan adik lelaki banding kitorang anak gegirl. But now, bila kita semakin membesar slowly kita akan nampak kesilapan kita. Kesilapan dalam tidak mencari masa untuk diluangkan dengan mak sendiri. Bila kita sendiri jadi mak, lagilah kita terasa hati dengan diri sendiri.
My family

Walau teruk mana pun dia, masa Anna nak bersalin tu dia mendoakan kemudahan untuk Anna. Alhamdulillah Anna amik masa 2 jam sahaja untuk melahirkan Syifaa. Ingat lagi masa tu Anna hampir satu hari menghadap false alarm sampailah 1 tengah malam terasa sakit perut nak membuang. Memang sakit perut nak membuang pun. Lepas je selesaikan hajat tertunggak tu, makin kuat rasa sakit. Call husband then tak lama lepas tu dia tengok Anna semacam then pujuk pergi hospital. 

Sampai emergency tu, doktor cek apa semua katanya baru 1cm and suruh Anna balik. Tapi, Anna cakap dekat dia, Anna tinggal 15km dari sini and rumah flat is it safe for me? Mula tu dia kata okay je... then dia cakap dah lewat malam ni so dia suruh admit je. Sempat lagi dia cek bawah dan tolong buka sikit bukaan. 

Masa nak tunggu procedure admission tu, perut terasa sakit makin kuat. Hadoiiii nebesnya mak! Yelah! Tak ready nak hadap rasa sakitnya bersalin tu. Masa tu Anna memang always istighfar dan mintak bile masuk labour room tu Anna takkan menjerit. Sampai je ward, staffnurse entertain Anna. Katanya, dia pelik tengok cara Anna menahan sakit. Macam dah terbukak banyak je. Then dia and seorang doktor pun cek bukaan. Sekali dah 5cm. Memang menggelabahlah diorang terus tanya labour room ada kosong ke tak. Alhamdulillah sepanjang nak bersalin dipermudahkan. Masuk labour room lepas azan subuh selesai. Sampai je labour room , dapat plak staff yang baik2 belaka. Then tahan sakit for 2 hours, keluarlah anak gegirl yang comel diberi nama Nur Syifaa Anaqi.

 She was one day old age

Bila keluar je baby, memang terasa legaaaaa sangat! Terasa macam batu besar dah dialihkan dari menghempap badan. Memang bersyukur sepenuhnya sebab semuanya berjalan lancar. Then staffnurse mandikan baby apa semua. Lepas tu tunggu husband azankan baby. Masa tu rasa macam, indahnya dunia ni. Macam tak percaya aku dah jadi mak. Is it??

Masa tulah terpikir, how did my mom manage to stand the pain for 24hours. Katanya, anna ni dah sakit on 30hb but keluarnya 31hb. Terukkan! Haha...
Masa tulah niat and nekad nak berubah. Nak jadi anak yang lebih baik. Taknak berkurang ajar dah dengan dia. Then, startlah process berpantang. 

Nantikan sambungan kedua Anna dengan bertajukkan meroyan tau!! 


5 Apr 2019

Aku sebagai pengguna Cuckoo

Hai alls!! Baru sekarang Anna dapat update blog. All day long busy with work and balik plak jadi half housewife. Okaylah. Ni Anna nak cerita tentang produk Cuckoo yang i bought few months ago. 

Semalam malam orang cuckoo datang servis produk2 dia. So, sempat juge laa Anna minta tolong shuben snap snap kan gambar. Siapa yang dah beli penapis air dan penapis udara dekat rumah? Tak kira la dari jenama apa pun. *raise my hand *

Macam Anna , dua2 dari Cuckoo juge. Harga pun affordable. Bulanan bayar Rm150 jer. Cukup empat bulan dia akan automatik contact kita untuk servis. Kiranya Anna dah cukup 4 bulan dari tarikh yang kita start pasang. Memang TIPTOP servis! Rasa macam nak buat style chef France cakap Marvelous sambil ibu jari dengan jari telunjuk dicium pastu tarik. (It’s free services)

 Semasa proses nak sanitizing

Kalau korang nak tahu, setiap kali diorang datang servis akan ada Hygiene Kit. Setiap produk ada satu plastik hygiene kit. Dalam Hygiene kit tu ada tisu berkualiti, dengan cotton swab. Why Anna cakap tisu berkualiti? Sebab walau dah guna still boleh cuci and guna balik. Memang berkualiti and dia tak koyak walau dah kena air. Tak silap Anna dalam satu plastik tu ada 7 keping tisu dan 2 cotton swab. 


Barang2 untuk sanitizing

Masa mula2 sampai tu dia buat penapis air dulu. Nampak simple tapi agak renyah juge.


Proses ni dipanggil ‘membasmi kuman’



Ada macam2 jenis peralatanlah! Termasuk spray wap untuk membasmi kuman. Nama procedure ni is ‘pembasmi kuman’. So, dia akan tengok air tu macam mana? Okay ke tak? Kalau clean okayla.. ada je yang air dia tak okay. Sekali bukak berwarna gelap katanya kemungkinan air tak okay atau produk bermasalah. Sebab pernah terjadi pada customer yang membeli. And apa yang bagusnya, diorang akan terus inform HQ. So far, Cuckoo ni tak pernah lagi slow buat kerja. Lepas aduan je mesti nampak batang hidung. 


Kata pekerja Cuckoo, selalunya yang buat servis and sanitizing ni diorang bagi pada perempuan and kerja berat2 diorang bagi pada lelaki. Gitchewwww... semalam pekerja yang servis Anna tu nama dia Niza. Comel orangnya. Jujur plak tu. Paling Anna suka bila bercakap dia akan pandang mata kita dan tak melilau sana sini. Even dia buat kerja pun laju je. Seolah2 jari tu macam ada mata. Rasa selesa nak berborak.

So back to our main topic. 

Diorang bukan setakat servis dalam mesin, sanitizing pun buat. Habis segala ceruk rantau mesin tu dilapnya. That’s why dalam Hygiene Kit tu ada tissues. And setiap garis garis lubang akan dikoreknya dengan cotton swab supaya tak berhabuk. ( GOOD JOB NIZA CUCKOO) cawangan Bukit beruntung. Buat kerja pun tak berkira. 



Lepas settle penapis air, dia pun amik penapis udara dalam bilik. Siap angkat lagi. *wonder how strong she is sedangkan keding giler, Anna yang besar ni pun prefer tolak *. Then, dia bukak satu
persatu. Rupanya, penapis dalam badan mesin tu ada empat jenis. And setiap jenis ada pembersih by
stage.


                          4 penapis berbeza

Penapis jaring yang dah dipenuhi dengan habuk.

Yang dua depan tu selama 4 bulan sekali servis while yang dua belakang tu every one year. Bagus kan! Kalau korang nak tahu, papan2 ni tak boleh cuci sendiri akan lembik and malfunction tau. So, tunggu je orang Cuckoo datang servis. Kalau sendiri terlebih gatal tangan nak cuci memang wassalam laaa jawabnya. Sepapan nak ganti baru rm150 weiiiiii!!! Ada tau customer yang dah tergatal tangan tu.

By the way, Anna suka Penapis air Cuckoo sebab my spideygirl Syifaa, kalau bancuh susu selain Air Cuckoo memang dia tak minum. It happened masa tu kitorang bancuh air jenama lain ( taknak stated dekat sini) siasia macam tu je susu dia tak minum. Dahlah jenama enfalac. Hancur rasa hati bila trngok dia langsung taknak sentuh 60ml air susu tu. so, pergi mana2 kitorang akan bancuh susu dari air cuckoo siap2. Katanya mungkin sebab air ni jenis berakali jadi sedap sikit rasa airnya itu. Tapi Anna akui memang betul pun! 

Elok sebenarnya ada penapis air ni sebab air sekarang kita tak tahu paras kebersihan air yang mengalir dalam paip air kita ni. Memang kita nampak bersih pada lumrah mata kasar kita, tapi dengan mata halus plak? See! I’m not making a joke hokeyyyyy...

So, kalau korang nak tahu, every servis dia akan call kita untuk buat appointment. Then setiap kali apps dia perlu digunakan untuk di update. So, setiap customer mesti kena install satu dalam handphone (wajib).

Cuckoo apps

So, setakat ni saja la kot bebelan Anna. Nanti kalau ada cerita baru lagi Anna akan update tau . See ya!!

3 Apr 2019

Sekian Lama

Hai guys!! Sekian lama tak berblog, otak pun cepat karat. Tak tahu nak share apa. Sebab banyak sangat bends nak kena fikir. Hurmmm... memandangkan sekarang demam Cuckoo, malam ni orang Cuckoo akan datang nak serviskan barang2 dia. So, nanti Anna akan share apa yang dilakukan oleh dia. Apa yang kitorang beli dari Cuckoo. And semua tentang Cuckoo.

Btw, Anna ada IG jom follow IG Anna. 

[ Syifaa _ beautyshoppe ]

1 Apr 2019

blogg-in tapi blog kosong and tak cantik??

Hai alls!! What a day today ^^...

Okay.. nak bagitahu korang, kalau perasan tajuk tu nak berblog-in tapi kosong and tak cantik??? Sebabnya... so far Anna terpaksa online guna handphone, menaip pun guna format handphone. So nak editting ke apa ke i have to wait when i have PC or Laptop. Usually pinjam laptop adik Anna juurr.

Kiranya, kalau nak betul betul nampak cantik and pro tunggu tau! Nanti Anna setup balik cantik cantik macam dulu hokey!

Rindu sebenarnya nak fokus pada blog. Cantikkan blog. Tapi tulah, tak ada rezeki nak buat macam mana? Sabar je laa...

Harini dah masuk 1 April. Which mean is April Fool. Tapi, budaya April fool ni macam dah tak berapa nak disambut sangat. Tapi eloklah, sebab tengok April fool sebelum2 ni ada yang tersangat extreme . Adoiii!! Korang sambut April Fool? Jom lah share apa cerita korang dengan April Fool ^^ .

April Fool Anna is, anak meragam sampai tak tidur pukul 4:30 pagi. Zombie kejap Anna dibuatnya. Hahahha tapi tak apa. Nasib baik dia comel tau. Geram je tengok. 

Okaylah. Sekian bebelan Mummy Syifaa.

Xoxo

31 Mar 2019

What i've been doing now

            Hai all! Ikotkan taknak update story tapi rasa geram juurrr tengok banyak kosong.

            Now I'm holding Syifaa sambil menaip. Bayangkan menaip sebelah tangan. LOL!

             So, apa yang Anna buat sekarang? Dulu I under research but now dah tukar profession under Clinic. So, pergi balik memang klinik jurrr. And ada penambahan kerja baru! A mother and a wife to two wonderfull people in this world. Oh ya! I running a business too. Nanti Anna akan hupdate pasal business Anna plaksss....

              So far selama Anna menyepi dari dunia blog ni memang Anna banyak belajar macam macam perkara. Ditambah plak menjadi seorang mak yang baru nak belajar handling kehidupan. Wow! Mencabar!

               Hmmmmm... hopefully blog Anna masih ada yang sudi membaca dan berkongsi apa apa saja. Semoga semuanya dipermudahkan buat semua readers kay  ><