Pages

15 Apr 2015

Knowledge should be share....sharing is caring.

Assalamualaikum..........kum......kum..........

Bergema JH bagi salam.....Mana taknye....mata dah nak terlelap....hohohoho.....

Hurmmmm apa nak di kongsi ek.......

takde...sebenarnya cmni...... Tadi pagi...JH ada terbaca satu artikel berkaitan dengan Air Mazi dan Air Mani..... ada perbezaan diantara dua benda ini.

Lepastu...JH pernah teringat member jh sendiri...ada lah seorang hamba allah ni tanya....

"Apa bezanya Air Mazi dan Air Mani...bukan sama ke dua-duanya...... ?"

Nak marah.....dia tak kahwin lagi..tapi JH ak boleh juga tak marah dia sebab sepatutnya dia dh tahu sebab belajarkan.... Hahaha.......Penyudahnya JH biarkan jadi tanda tanya. So tadi pagi, teringat nak baca artikel tu.....

Hope korang semua tak kisah kalau JH share benda ni dekat blog JH. Sebab JH rasa penting juga untuk kita tahu. Sebab boleh juga bendanya menganggu solat kita tanpa sedarkan. huuhuhuu

BISMILLAH........

Air Mazi (Wanita)

Cecair yang keluar ketika wanita itu ghairah dan cecair itu ialah lelehan daripada faraj, pundi bartholin dan pundi vestibule yang terletak di permukaan ‘vulva’ atau bahagian antara bibir kecil.
Air mazi boleh keluar ketika perempuan itu membaca buku romantis atau menonton adegan mengghairahkan seperti, pasangan sedang bercumbuan dan bersentuh. Bagaimanapun, air mazi tidak membatalkan puasa seseorang. Air mazi adalah najis. Ia perlu dibasuh jika terkena pada pakaian sebelum melakukan solat atau ibadat.
Bentuk air mazi
  •  Lelehan atau cairan berlendir.
  •  Fungsi utamanya sebagai pelincir bagi memudahkan kemasukan zakar ke dalam faraj. Ia akan dihasilkan secara automatik apabila terdapat rangsangan seksual samada menerusi perlakuan atau pun menerusi ransangan minda apabila menonton video erotis atau membaca buku erotis


Air Mani
Cecair yang keluar akibat rangsangan anggota syahwat dengan tangan iaitu menyentuh klitoris atau keseluruhan vulva atau tusukan zakar atau dengan merangsangkan pembukaan kemaluan dengan alat penggetar. Ia keluar menerusi skene’s glands.
Cecair yang keluar itu kadangkala meleleh dan jarang sekali memancut. Namun, sesetengah wanita mempunyai kemampuan untuk memancutkan air mani mereka. Air mani perempuan tiada benih (air mani lelaki mengandungi benih atau sperma) dan lelehan itu datang dari pundi para urethral dan semacam air kencing dan kadangkala berbau seperti air kencing tetapi bukan air kencing.
Jika perempuan mencapai kemuncak dan ada lelehan dari kemaluannya, itulah air mani dan jika pengeluarannya berlaku, ia membatalkan puasa.
Apakah perbezaan ketara di antara kedua dua air ini ?
1. Air mani keluar ketika puncak seksual (klimaks) manakala air mazi keluar jika terdapat rangsangan seksual.
2. Pengeluaran Air mani membatalkan puasa dan perlu mandi wajib manakala pengeluaran air mazi wanita tidak membatalkan puasa, namun ia perlu dibersihkan kerana ia adalah najis.
3. Air mani wanita tidak najis manakala air mazi wanita adalah najis.
4. Pengeluaran air mani diwajibkan untuk mandi wajib manakalan pengeluaran air mazi tidak perlu melakukan mandi wajib.
JH harap korang boleh membezakan dengan baik .Sebab penting untuk difahami sebab boleh mempengaruhi ibadat kerohanian kita seperti solat dan berpuasa. Jika berlaku pengeluaran air mazi dan terkena pada pakaian, ia menjadikan pakaian tersebut tidak boleh digunakan untuk bersolat.
Jika berlaku pengeluaran mani, kita diwajibkan untuk mandi wajib terlebih dahulu sebelum mengerjakan ibadat seperti solat dan sebagainya.

Haaaa kawan-kawan...nampak tak betapa pentingnya benda ni. Janganlah segan-segan nak bertanya. Tak salah pun kalau nak tanya sebagai pendapat atau penambahan pengetahuan umum. Tapi biarlah tanya pada orang yang betul supaya kita tak silap tafsir dan amik remeh benda ni. ^^ dan JH juga harap akwan-kawan janganlah salah faham atas apa yang JH share ni ye. TQ pada yang sudi membaca. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...