Pages

18 Aug 2015

Kawan

Firstly.... JH nak share sekeping gambar dekat koran semua. Title is : Why do we need friends.

Kenapa kita perlukan kawan? 

Apa pendapat korang?

Apa korang rasa dengan tajuk tu?


Selama JH idup sepanjang 20++ (umur dirahsiakan) hehe...... JH boleh kira bilangan kawan JH. Tak sampai 5 jari kawan rapat yang JH ada. Kawan dan sahabat ni lain tau maksud dia. Yelah, Kawan ada dengan kita anytime means 'easy come easy go' camtulah citenya...tapi sahabat ni...dia sentiasa ada dengan kita tak kira kita tengah sedih ke tengah happy ke tengah marah ke ap ke..... Betul tak??

Entahlah apa yang JH rasa sekarang. Sedih, Marah, Kecik Hati. semua adalah...... Tak tahu nak ungkapkan macam mana. Mungkin jua JH silap pilih...atau mungkin juga Tuhan nak JH mengenali setiap orang yang ada disekeliling kita walaupun orang yang paling rapat dengan kita. Bak kata satu pepatah, Duri dalam daging. Itulah yang JH rasa sekarang ni. Dulu berkali-kali JH terasa dengan dia, sikit pun JH tak pernah mengungkit atau pun UP status ke wechat ke.... even JH biarkan je... yelah...Kita sebagai kawan paling rapat mestilah happy kan tengok sahabat kita sendiri happy. 

So, One Day tu. Nak dijadikan certia, dengan yang maha berkuasa. 'DIA' memberi keizinan pada JH untuk melihat perangai sebenar seorang yang bernama 'SAHABAT'. Sejak dari kejadian itu, JH mulai meminggirkan diri bukan kerana sakit hati atau marah. Tapi kecewa..... KECEWA dengan sikap dia yang sangat kebudak-budakkan.

Allah....masa tu....tuhan je yang tahu perasaan JH macam mane....... Hati ni terasa bagaikan disiat-siat sampai halus. 

Esoknya, some informer bagitahu perangai sebenar dia...... dan ye...bila dalam sesebuah hubungan itu dipenuhi dengan hasad dengki. Tak sangka betul firasat JH selama ini. Dia memang ada perasaan hasad itu. MasyaAllah.... waktu itu apa yang ada dalam pikiran JH, Kenapa? Apa salah aku? Jahatkah aku pada kamu? Tidak sempurnakah aku sebagai seorang sahabat pada kamu? Apa yang kamu tidak puas hati dengan aku wahai sahabat?

Oleh kerana kaum adam, engkau sanggup mempunyai sikap jelik itu. 
Hmmm..... Pada korang diluar sana. JH nak pesan. Buang segala perasaan buruk itu bila kita ada kawan. Sebab perasaan itu boleh merosakkan hubungan. Bila hadirnya setitik itu, maka lama-kelamaan akan membesar. Bila membesar akan jadi macam kes JH.

Mintaklah dijauhkan dari kawan-kawan yang membaca blog JH ni ye. ^^

Thanks for reading my blog. Semoga Allah memurahkan rezeki korang semua. AMINNNN......


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...