Pages

2 Nov 2015

Bahayanya.....

Assalamualaikum....

         Morning . Dah bekpesh? Harini, tengah syok melantak bekpesh tiba2 terasa nak berkongsi tentang satu perkara. Perkara dimana boleh menjadi bahaya buat kita semua tanpa sedar. Actually, pada pandangan JH kita dah tak selamat. Berbagai jenis ancaman boleh menjadi bahaya kepada kita.

        Lately ni... JH ada terdengar satu cerita. Tentang seorang lelaki yang hendak mengeluarkan duitnya untuk di transfer ke CDM yang lain. Ceritanya berkisar begini.Hari tu hari keluar gaji. So semua pekerja goment dah memenuhi ruang bank (Tak ingat bank mana mengikut story ni) so dia pu beratur dikalangan yang ramai tu. Tak lama lepas tu giliran dia pun tiba. Cadangnya dia bawa keluar sejumlah wang yang melebihi rm1k. Waktu itu dia memang perasan ada seorang lelaki *bukan orang warganegara* berdiri belakang dia. Lepas dia keluarkan duit tu cadng nak pindah ke CDM tb2 dipanggil lelaki tu bertanya. " Mesin ni boleh terima ke matawang asing?" lelaki melayu tu pun angguk. Then time dia nak pindah dekat CDM tu tb2 lelaki tu tepuk2 bahu dia and ambil salah satu keping duit bernilai rm50 dan bertanya " inikah wang malaysia" (Tak berapa ingat jalan story tapi jalan penceritaan lebih kurang) dan mangsa tersebut anggukkan kepala. Dalam pada tak sedar tu sebenarya dia telah memukau kita dengan menepuk bahu kita sambil2 tu tangan dia mencekau duit kita yang ada dalam mesin tu.

         Nak bagitahu lagu, ini salah satu jenayah yang terbaru JH baca di facebook. Tapi kalau ada kesilapan pada storynya beritahulah pada JH. Tapi Jh nak pesan, kawan2 kalau terasa nak keluarkan duit sentiasa keluarkan duit di tempat yang ramai orang dan kalau boleh ajaklah orang yang boleh dipercayai. Sekarag ni dah ada macam2 benda yang tak elok berlaku. Samun lah, Pukaulah, merompaklah..... so beware. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku pada kita esok lusa. Apa2 pun berhati2 dan sentiasa mengamalkan ayat kursi sebagai pelindung. In Shaa Allah tuhan akan melindungi kita dari anasir2yang jahat.

       Harap cerita dari JH ni serba sedikit dapat menolong kawan2 ye ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...