Pages

23 Mar 2016

Wedding troll

Assalamualaikum........

Heh.....arini terik plak cuaca. Tapi tak kisahlah. Sebenarnya Jh nak berkongsi tentang satu story yang Jh terbaca dekat blog amnashark *sila klik pada nama tu yer* garang2 nau2 nama dia.hehehe.....

"Single dan Tanggapan orang."


Tajuk ni best kalau dibuat perbahasan. Bukan perbahasan sampai kewakil negeri ke negara ke. Takkkk.....Tapi antara jemah2 jelah.

Jh tertanya-tanya. Teruk sangat kah kalau ramai yang dah kahwin dan beranak pinak tapi kita yang seketul secotet ni tak kawin dan tak beranak pinak lagi?

Boleh jadi dosa ke?

Boleh meroyan ke?

Nak tahu tak. Antara ayat yang paling femes Jh dengar selalunya gini 

~ Awat hg tak kahwin lagi?

Dalam hati : aku ni tak hengen lagi nak kahwin/muda lagi/masih nak kejar lagi apa yang takde/mak bapak aku pun tak merasa lagi gaji aku takkan aku nak habiskan gaji aku pada orang lain tak kira husband ke anak2 ke....orang yang menjaga aku dari kecik lebih penting./ haa laaa kawin pakai duit kertas yang bakar2 untuk orang mati tu(adatcina) memang senanglah nak kahwin.

~Aku carikan hg boypren nak tak?

 Dalam hati : Dia taktahu yang aku ni dah ada boypren just taknak kecoh. Kalau kecoh nanti ko jugak yang jeles sebab boypren aku ni lain dari yang lain (bukan pondan yer) hehe. 
Hg pun dulu duk frust  menonggeng bercinta konon nak jadi dr love aku. *Haprak*.

*Bukan jh tak mau cita. Tapi bayangkanlah so-called bestfriend lepas dapat tahu apa pekerjaan pakwe jh tu terus dengki dengan Jh. *so lame*

~ Hg tak jeles ke tengok kami semua da kawin tapi hg tak kawin lagi?

Dalam hati : # Takda pasai eh aku nak jeles. Bukannya aku mati takda laki. Aku boleh mati kalau takda family.
 # Allah tu ada dengan aku.
#  Aku millenium women lah!
# Jangan hg jeles dengan kehidupan aku sudah. Maciam2 aku nak buat tapi hg tak boleh buat pasainya tersekat *menaip sambil buat mata juling keatas*
~hg tak teringin ke nak ada anak?

Dalam hati : Hmmm anak kucing aku lagi ramai dari anak hg. Belum tentu sekor pun hg dapat jaga macam mana aku jaga diorang TIPTOP! *Haprak*
~ hg kumpuilah duit cepat2 nanti boleh kawin cepat2.

Dalam hati : Duit aku untuk aku aje! Bukan hg dan siapa2 untuk menentukan apa yang aku perlu buat. Mak aku pun tak kecah sangat nk suh aku kumpui duit kahwin. *drolling eyes again sambil gosok2 rambut sampai terabur kelemumur*

~ Tak payahlah sebuk2 nak p melancong ka atau nak kejar hobi ka cita2 hg, yg tu lepas kahwin pun boleh.

Dalam hati : Awat sebuk sangatlahhhhhh mami jarum sekoq ni. Aku p melancong pun tak guna duit hg..hg...ampa smua lah....... hg ingt lepas kahwin hg senang2 nak p meronda? nak meronggeng pun belum tentu sempat. Setakat awal beberapa bulan tu sempatlah. Esok lusa dah ada anak hg nak tengok balas watsapp aku pun belum tentu boleh. Skang laki hg boleh lah ajak hg merempit. 

~ hg tak muda dah. Dah 24 taun da.

Dalam hati : Tualah sangat. Umur 30 pun boleh aku kawin lah tak menopos pun lagi.


~ Hg ni memilih sangat ni. Pasai tu takdak boypren.

Dalam hati : minah ni kalau aku bagi sedebik jangan tanya awat. 

*Tapi bila jh cita jh dah ada boypren tak percaya plak. Macam jh ni tak laku sangat. Ktanya tak pernah nak bawak mai jumpa. Haa bila Jh gitau pakwe jh keje sekian2 takdak masa nak jumpa telan ayaq liuq tiga empat kali siap dengar bunyi ransangan air liur ditelan lagi. *padan muka hg*


------------------------------------

Nak tahu tak? sebenarnya Jh tak kisah pun bab nak kahwin ni. nak tanya, tanya jelah. Tapi siap bagi pressure dekat orang tu lagi. Macam2 dioffer. Nak tetap nak juga member kahwin. Acah2 nak tengok dia naik pelamin. Sedangkan kau tu nak selfie dengan dia je pakai baju pengantin. Korang sanggup ke jadi blacksheap? huihhhhh parah ooooo... Korang dapat pahala ke sebuk hal orang lain? Aku tak bayar pun dekat korang suh tanya soalan cenggini. Adoiiiii.... Tak pulak soalan cenggini timbul " member2 ko da mampus kau bile lagi?" kekekekekek kalau ada memang jh nak gelak pueh2. 

Pliss sangat2, janganlah diberi pressure cenggitu pada kawan2 ke sanak saudara ke apa2 jelah. Ingat cari jodoh ni macam cari baju dekat mall? Nk cari baju pun kene teliti dulu baru beli tau. Takkan nak rembat apa je yang ada. Bawak balik baru tahu " Alamakkkk baju berlubang!! / baju kurang satu!!/ baju tak bertali!!" <--- ibarat je. Sebab kalau nak cakap sayur macam dah selalu sangat dengar.

Jh pun nak jugak kahwin awal macam kawan2 jh. Naik pelamin. Selfie cantik2. Ingat tak nak ke? Ada teman baru bila kita bangun or tidur. Susah senang bersama. Tapi, yelah. Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia je yang tahu masa tu sesuai tak untuk kita berboyapren ke bersuami ke ap ke.... Lagipun, kepuasan untuk jh menikmati duit hasil titik peluh jh tu belum tercapai lagi. But if until 26 tak tercapai ye Jh kahwinlah. Jh pun takdelah lembab sangat nak menyeksa diri ni.

Last calling, harap2 tiada yang kecam story panjang2 jh ni. Jh just luahkan apa yng selalu jh kene je. Kalau tak puas hati boleh komen. Jh sangat open minded.

p/s : perkahwinan itu indah if saling menghargai dan menikmati kehidupan perkahwinan dengan penuh kesabaran, kesetiaan, kepercayaan dan penuhkan kehidupan dengan keagaaman tak kira melayu, cina dan india. Bagi islam, penceramah selalu pesan. Kalau nak mengukuhkan lagi sesebuah hubungan solat itu penting. Maka, rajin2lah mengajak pasangan awak2 semua yer. Tak salah pun kalau amalkan. Ibarat kalau kita nak pasti kek yang dibuat itu sedap dan kukuh teksturnya ofcoslah kita akan tambah segala bahan supaya lepas dah siap tu semua menjadi lengkap dan cantik. Sama juga macam rumah tangga ni.

Apa2 pun Jh harap tiada yang marah2 ke apa ke. kalau ada yang jh tersilap tu rajin2lah komen. Kalau tak suka, jh akan delete post ni yer ^^























 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...