Pages

17 May 2016

Faham bahasa sikit.

HAI!

Nak share sesuatu.

Boleh? geram sangat sebab terpendam lama.

Hehehe..tapi guna Aku Kau. Sorry!

Baru-baru ni , aku kerja part time di sebuah nursing homes. Jadi, dekat sini ada dua shift. Pagi dan malam sahaja. Dan kebetulan hari jumaat aritu aku kena kerja malam sebab staff tak cukup. Jadi, partner aku seorang lelaki. Mujurlah dia sangat memahami dan memberi ruang kepada aku untuk beristirahat di ruang atas dan dia pun turun ke ruang bawah.

Jadi.

Aku nak kongsi disini adalah apabila kau berhubung dengan manusia yang tak berputus asa dan tak faham bahasa walaupun lenggak lenggong kita sudah cukup menunjukkan yang kita langsung tiada perasaan dan meminati sipulan tersebut. *Panjang nafas aku*

Aku sangat janggal jikalau berhubung dengan orang yang aku tidak pernah kenal. Namun, oleh kerana pekerjaan, aku terpaksa meringankan mulut aku. Lelaki yang satu shift dengan aku nama dia rahsia lah so aku letak yang tipu aje. ' Zack' lah! Modern skit.

Jadi, beberapa jam sebelum tamat shift kitorang kenalah buat hygiene care pada orang tua-tua tu. So, start dari tu dia tanya pasal fb apa smua. Tapi yang kelakar, kenapa mesti kena tanya 'TAK APA KE ADD NI? PAKWE TAK MARAH KE??' <- apa punyer pickup line dia pantang aku adalah bila orang menanyakan soalan macam ni. Maka, dengan penuh kesabarn aku menjawab "kalau setakat nak add bese2 add jela tak perlu kot tanya soalan macam tu". Walaupun terasa kemarahan dihujung tanduk. tapi aku sabarkan saje. Nasiblah, kesabaran senipis kulit bawang merah memang cammni. Lepastu, sebelum balik dia bertanya kan nombor talifon aku, jadi aku beritahu dia nombor talifon aku kerana katanya senang untuk menghubungi berkaitan dengan pekerjaan. Selepas tu, aku pun balik. Tapi , bila sampai rumah aku perasan ada nombor takkenal masuk. 

Tak kenal (Zack) : salam

Aku  : wsalam

Tak kenal (Zack) : dah sampai rumah ke?

Aku mendiamkan diri dan membisu. Namun, zack tetap menghantar mesej lagi.

Tak kenal (Zack) : Dah bekpes ke?

Aku membisu juge.

Tak Kenal (zack) : Saya nak berkawan dengan awak tak pe ke?

Tiba-tiba aku rasa meluat dengan manusia yang aku baru kenal 12jam ni.


Esoknya, hari ibu, aku membawa ibu aku pergi buat facial sempena hari ibu. Tiba-tiba dengar bunyi mesej masuk. Oh! Dia rupanya..... Dia tetap buat pick up line busuk dia tu. *sorry termarah busuk sebab tak nak guna ayat kasar2*  Oleh kerana terlalu geram aku pun balas.

Aku : Kalau tak de pape penting pliss jangan text. 

Tak kenal(Zack) : saya serius nak berkawan dengan awak

Aku : Saya tak nak berkawan dengan siapa. tolong jangan ganggu saya. salam

Memang aku terasa kejam, tapi kalau orang tak faham bahsa walaupun dah beratus kali kita explain dan berlembut tak faham bahasa, wajib dibahasa kan. [dah pernah terangkan pada dia semasa dihome care dan text2 sebelum2 ni ]

Tak lama lepas tu dia mendiamkan diri. ALHAMDULILLAH!!

Tetiba kemarin dia mesej lagi. Aku dah reda kemarahan. Maka, aku balas dengan penuh santun. 
Tapi, jangan sangka air berkocak takde bahaya nyer. Begitu juga muka ayu aku ni jangan sangka tak garang, aku garang sebenarnya. Ini cuma topeng je kekekekekke.

Contoh gambar bertulis tangan sendiri.

Nak tahu tak kenapa aku hangin sangat dengan mamat tak faham bahsa ni? Sebab dia memang tak faham bahsa.

Contoh gambar bertulis tangan sendiri.

Hari ni, dia text aku lagi. Maka, berapa juta kali perlu aku terangkan bahawa aku memang tidak berminat dengannya?? Ya Allah, api kesabaran aku dah terbakar meluap-luap dah ni. Nasib takde fire extinguisher. Kalau tak abis 10 tong pun tak cukup gak.

Maaf, aku bukan biadap. Aku bukan jenis suka berkasar dan aku bukan jenis suka melukakan hati orang lain. Tapi kalau tak faham bahasa sangat memang kesabaran tu takkan bertahan lama. Bukan aku tak nak terima pelawaan dia, tapi kita ni bukannya hidup dizaman tok nenek kita. Tengok tapak tangan je dah boleh terima. No! Baru 12jam kenal, dah berlagak macam nak masuk meminang. fuuuuuuuuuuhhhhhhhh < mengeluh.

Sebenarnya di sini, aku nak kongsikan bahawa, jadilah orang bertimban rasa sikit. If, people say 'yes' mean 'yes!' Then adalah ruang tu, maka cepat-cepat mencelah. Tapi , kalau people say 'no' mean 'No!" So, stop annoy aku please. Gosh! Orng macam ni memang tahla.....


Terasa macam sedih.sebab tak suka buat orang lain kecik hati and etc.

Last but not least.

Guys, pilih benda yang boleh buat kau rasa happy. 
Jangan kerana terpaksa dan nak jaga hati, kau turutkan aje. 
Lama-lama binasa nanti.
Sendiri makan hati.

Sekian.

Aku minta maaf kalau ada yang tak setuju ke, tak suka ke, atau benci dngan post ni aku akan delete.
TQ GUYS!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...