Pages

5 May 2016

HINA SSANGATKAH MENJADI GEMUK? MULIA SANGATKAH KURUS?

Assalamualaikum! Hai!!

Jom kita bersantai kejap. Terasa macam nak berkongsi cerita sikit. Cerita yang mungkin boleh dijadikan iktibar buat kawan-kawan dekat luar sana yang membaca blog saya ni.

              Setiap kali, aku melalui mana-mana pelusuk yang mempunyai cermin, pasti aku akan meneliti bayang-bayang yang terpancar akibat refleks tersebut. Tengok ada perubahan pipi tak....perubahan ponggong ke tak....ada perubahan segala perubahan tak...memang dah jadi habitlah sebab dah selalu sangat buat macam tu kan.

Gambar semata2.
              Oleh kerana kisah silam yang agak lampau, aku menjadi phobia/Bulimia/ Anoreksia terhadap makanan yang masuk kedalam badan aku. Setiap kali masuk sesuap, setiap kali tu juge aku akan merungut. "Alamak dah gemuk!". "Aku dah tak muat baju ni!" Habislah aku diet rosak!!" "Hadap cermin nampak macam maria 200 pounds tu." Tapi sebenarnya semua tu just imaginasi je...It's not true at all...... Why did this happen tu me? Meh aku cerita.

                Lepas tamat pengajian aku sebagai pelajar SPM, maka aku pun officiallylah menjadi mantan convent tempat aku belajar. Time tu, aku masih chubby*taknak guna gemuks rasa tak best!!*. Aku berkenalan dengan seorang mamat ni. Kitorang rapat. Rajin text apa semua. Until timbul rasa sayang. Kerja pun dia selalu datang and makan sama-sama. Kitorang sempat couple. One day aku dapat tawaran ke MMC Taiping. Aku belajar subjek Engineering. Time tuh masih lagi aku couple dengan mamat tu. Aku namakan dia 'A' jelah yer. Lama kelamaan tengok dia lain macam. Bila like fb dia terus dia mesej suh jangan buat macm tu lagi. Kalau boleh tak perlu komen takut nanti kawan2 perempuan dia tanya. Macam-macamlah. AKU MULAI RASA TIDAK SEDAP HATI. One day, a girl contacted me. Dia tanya.

                Girl : "Hai? "
               Aku  : Hai. yes?
               Girl : You cousin Si 'A' kan?
                Aku terdiam dan terkesima. Aku pun balas.
               Aku : Why?
               Girl : O takde sebab dia pernah cerita pasal u.
               Aku : Ni siapa ye?
               She introduce herself to me and she said that she's 'A'S girlfriend.
               Aku : Oh!

               Then terus tak contact. Aku tanya lelaki tu and dia main sumpah-sumpah but then aku diamkan diri. He tried to contacted me but i never replied all his messeges and calls. Dia juga pergi ke Taiping semata-mata untuk bertemu dengan aku kononnya untuk menunjukkan dia tidak bersalah. Namun, aku tidak hiraukan. Hati aku terlalu keruan dan terasa ingin menghubungi gadis yang menegur aku tempoh hari. Baik orangnya. Kenapa aku kata baik? Sebab cara dia menegur aku tidak kasar. One day, Allah memperkenankan doa aku. That girl contacted me.

               Girl : Hai.
               Aku : Hai. Any?
               Girl : Saje je nak ajak borak. Bz ke?
               As usuall lah kita akan balas apa kan? And dari situ kitorang berkenalan. I called her Chenta. She is nice. Soft spoken and hard to get angry. And dari A-Z dia menceritakan semuanya pad aku. Dan baru kini aku tahu perangai sebenar dia. Bukan setakat kaki perempuan tetapi juge gilakan perhatian perempuan. Gosh! JERUNG??!

Gambar semata-mata.

                   Since than aku tak contacted dia.Aku beri amaran kepada dia untuk tidak mengubungi aku. Namun, dia cuba stalked FB aku. Lelaki sycho. And dia cuba menghubungi aku. Ah! Dari apa yang diceritakan dari Chenta kepada aku. Sangatlah bencinya aku kepada dia. Aku pun move on. part tu aku tak cerita sebab tak penting. Tapi ada sesuatu yang aku nak kongsikan. Rupanya, Chenta beritahu aku kakak2 mamat ni kutuk2 aku dan Chenta bertubuh gempal. Mereka siap bertanya why ko suka sangat dengan perempuan gemuk? *Hina sangat kah??*

                  Tak sampai setahun aku belajar engineering. Aku mendapat tawaran sambung belajar ke Kolej Jururawat mengikut panggilan SPA. Seperti biasa rutinku. Namun, tubuh aku menjadi semakin gemuk. Sehinggakan aku merasakan rendah diri. Ramai lelaki yang aku kenal tetapi diorang hanya mengambil kesempatan. Mujurlah aku tak bodoh lagi! Aku masih dengan body aku yang asal namun semakin membesar. Sudah macam cara aku buat tapi faham-faham jelah makanan dekat Pilah ni sdap sangat!! One day, aku kenal seorang lelaki dari satu laman sosial. Dia memperkenalkan diri dia dan kami mengenali dari situ. Aku namakan dia Si 'B'. Selama berbulan aku mengenali dia. Banyak juge dia menceritakan pada ku. Satu hari dia bertemu dengan ku. Dan esoknya dia memberitahu dia tidak menyangka yang tubuh aku segempal itu mengikut ceritaku. *Aku ada memberitahu padanya bahawa aku seorang gadis bertubuh gempal*. Dan lama- kelamaan. Dia mula bercerita yang dia menyukai gadis bertubuh langsing, free hair dan seksi mengenakan apa2 pakaian pun. *sh*** huhu... Dari situ aku mula menjauhkan diri dengan mengenali lelaki lain. *Hina sangat kah!* Kerana ternyata dia seorang lelaki yang malu mempunyai teman wanita yang gemuk. Tetapi masih menghubunginya. Namun, lama kelamaan aku mejadi muak dengan sikapnya yang semakin acuh tak acuh dengan ku. Ada kala dia tidak membalas mesej ku walaupun ada blue tick. Katanya bz? Tetapi moment sentiasa up? Oh no! Jerung juge rupenye........

                     Lelaki yang baru aku kenali itu seorang pelajar dari kolej lain posting di ward yang sama. Begitu juga perkenalan kami. Nama dia aku beri Si 'C'. Berjalan seperti biasa. Itu ini itu ini. Dan sehingga dia beritahu dia ingin melamar aku menjadi teman wanitanya. Okay fine. Waktu tu aku tak syak pape lagi. Jadi aku pun menerima. Sejurus kami bercinta dia berubah. Dia tidak suka bercakap dalam talipon sedangkan katanya perkara paling dia gemari adalah bercakap dalam talipon. Okay fine. Aku tahan sakit. Dan makin lama makin tuhan nak tunjuk. Slow-slow aku dapat tahu dia sebenarnya malu untuk mempunyai awex macam aku. Dia tak pernah mengaku aku ini awexnya didepan kawan-kawan dia yang lain. Katanya dia tidak mahu kawan2nya mengutuk aku. Dia juga pernah menipu aku katanya dia telah mengenalkan diri aku kepada ibunya melalui bercerita. Namun, dia tipu pun sebenarnya. Kalau aku up gambar kitorang dekat Wechat dia akan marah aku dan arahkan aku untuk delete segala gambar. Moment dia pun dah hide dari wechat aku. Dengan alasan sudah delete. One day, aku dapat tahu dia tunang senyap2 dari seorang junior aku. Yang aku pelik dia xkisah kalau post tentang awex dia di wechat, instagram acah sweet sangat dengan tunangnya itu. Tapi, sebenarnya dia masih kapel dengan aku but dah hambar. Takpe. Aku terima segala penipuan dia keatas aku. Tapi ternyatalah aku ni bodoh ditipu hidup2 kerana baik hati sangatkan. Dia minta putus dengan aku pun sebelum aku tau dia bertunang senyap2. Katanya dia tak bahagia dengan aku so aku pun lepaskan lah orang yang kata macam tu pada aku. Namun, sedikit air mata pun aku tak keluar. Buat apa untuk bersedih dengan lelaki tak guna macam tu? Ada reason ke? Takde. Hurmm...kawan aku nasihat pada aku. Baik kau kuruskan badan. Aku tahu dia malu dengan kau. Malu nak keluar dengan kau dan aku pun tahu dia tak pernah mengaku ada awex macam kau kan? So kau buktikan pada dia kau boleh cantik. Biar dia tercari-cari kau semula. Aku terkesima. Aku mengakui apa yang diperkatakan oleh kawan aku itu ada benarnya. Aku mulai menjaga badan serba sedikit. Macam2 cara aku cuba dan cuba dan cuba dan tak pernah putus asa. Like seriusly! Dan tidak lama kemudian aku mengenali sejenis produk yang betul2 buat aku berjaya menjadi kurus. Dan one day, aku mengubungi lelaki ini untuk memulangkan segala barangannya dengan add semula wechat dia kedalam wechat aku. Dari situ mungkin dia melihat segala perubahan dalam diri aku. Namun dia silap, aku sudha membencinya. Dan selepas aku mengemas sekali lagi barang2 aku. Masih ada lagi rupanya barang dia tertinggal pada aku. Jadi, aku pun menghubugni lelaki itu. Aku tak suka simpan barang orang lain kerana aku xnak ada apa2 barang pun yang tinggal lagi dengan aku. Bila aku just minta address, dia cuba nak mesej mesra dengan aku. Well! Aku pun amik peluang aku dengan hentam*sinis je* dia dengan pelbagai kata2.

                  Aku:   "Thanks sebab dulu tinggalkan I. Sebab U curang dengan I dulu. Now i dah bahagia dengan dia." "Kalau bukan sebab you curang mungkin i masih ditipu oleh you lagi dan lagi...... Lagipun you mana nak perempuan gemuk macam i kan??Semoga bahagia."

                       
                   Si 'C' :   " I tak bahagia dengan perempuan tu."
   
                   Aku : "Kenapa tak bahagia? bukan ini jalan you pilih?"

                   Si 'C' : "You takkan paham kalau ini pilihan keluarga."

                     Dan aku berdailog dengan kawan aku yang jugek kenal C ni. Kata kawan aku, kalau pilihan keluarga kenapa siap post dekat moment ber 'sweet2' dengan tunangnya itu? Siap komen 'sweet' 'baby' 'Honey' 'Love You' dekat instagram and wechat?? Kata kawan aku lagi, dulu bila dia pilih perempuan ni dia juga pernah berkata perkara yang sama pada aku kan? Jadi dia juga akan melakukan yang sama pada perempuan tu sebab aku  dah cantik dan tak gemuk sekarang. Ah! Dasar lelaki.

                   Aku : "Kalau I tak faham takkanlah you boleh kata you tak bahagia dengan I and bertunang dengan orang lain kan? Kalau pilihan keluarga takkanlah you senang2 nak terima perempuan lain and tipu i kan? Face the fact! Jangan sia2kan hati perempuan tu kalau you tak nak dapat balasan teruk dari tuhan. Jangan ingat hati manusia ni macam kertas dah koyak buang. Lastly i nak kata. Thanks for everything. I dah bahagia kalau kahwin nanti i jemput. Bye"

                 Dan dia? Tidak berkata apa-apa hanya 'bye'. Lepas beberapa minit aku terbaca dimoment dia yang dia sangat sedih dan kecewa dan menyesal. HAHA! siapa suruh. Aku seorang perempuan yang sekali sayang setia selamanya. Jadi, kau yang sia-siakan aku, maka terimalah!

                        Ada satu lagi kes pula. Kawan kolej sendiri kutuk aku depan kawan-kawan lain dengan menayang gambar aku dengan mengatakan "Weyh! Korang! Korang pernah tengok tembun bergambar tak? Kalau korang nak tau. Inilah TEMBUN yang bergambar tu!" Kata member aku pada kawan-kawannya yang lain. Aku dapat tahu pun sebab si pemilik handphone tu sendiri yang ceritakan pada aku. Dia memberi semangat pada aku untuk membuktikan pada semua yang aku boleh kurus.

                          Maka, pada satu harinya. Kami bertemu dan dia tidak mengecam kehadiran aku. Dia terkejut melihat aku!!! Katanya aku semakin kurus dan dia pula semakin gemuk *dalam hati aku berbisik 'itulah karma'. amin!!* hewhewhew......
               
                            Last but not least, aku pernah lalui zaman gelap. Zaman aku dihina, dicerca, dikutuk, dicurangai kerana aku TER lalu gemuk, TER lalu buruk, TER lalu tak seksi, TER lalu hodoh. Namun, jangan ingat TER aku ni tak boleh nak bangkit. Sekali bangkit semua yang kutuk aku hina aku akan tumbang! SEKIAN!! geram plak aku cerita.

                               Nak tanyalah, Hina sangat ke gemuk ni? Bertubuh gempal, Berkulit gelap? Hinakah??? Apa ingat orang gmuk tak cantik?? Inilah manusia, bila wujudnya perkataan cantik lawannya hodoh, gemuk lawannya kurus. Maka semuanya hendak dibuat perbandingan. Apa2 pun Aku nasihatkan supaya yang gemuk nak jadi kurus tu jangan berputus asa. TERUSKAN!!




                               

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...