25 Sep 2019

Cerita Hantu / Pengalaman bersama hantu

Hai!!!

Maaf sebabnya always tak ada masa nak update blog ni. MasyaAllah! Sebab itulah senyap berkali-kali tau!

Well.....selalunya Anna akan kongsi berkenaan dengan Mom's talk, pasal benda -benda lain kan. Harini terasa nak konsgi pengalaman Anna bila kena kacau dengan entiti yang tidak akan mudah dikesan dengan mata kasar.

Anna yakin, mesti kebanyakkan didalam ni ada pengalaman dengan entiti ni. Jom share pengalaman korang dekat komen. Nak tahu gak, sejauh mana dahsyatnya pengalaman korang.


Cerita part 1.

Ingat lagi masa kecil-kecil, Anna mesti akan ditemani budak kecil.Dulu Anna tak reti nak bezakan yang real dengan tidak. Tapi, yang pasti, asal lepak dalam bilik je mesti budak comel tu datang teman Anna. One day, bila cerita dekat mak, dia marah. Dia cakap :

"KAU JANGAN NAK MEREPEK BOLEH?"

Masa tu Anna baru je kehilangan ayah Anna. So, benda tu macam quite scary bagi mak Anna. Then, after a month macam tu kot..... ada ustaz datang recite dekat rumah Anna. Dia cakap biasalah benda nak menumpangkan dah tu plak bilik store letak barang and kosong, lagilah dia suka bersarang.

-The End-


Cerita part 2.

Ingatkan lepas ustaz tu dah recite kira settle dah kan. But NO!

Ada sekali tu, esoknya Sabtu cuti, so kitorang diberi kelonggaran untuk tengok TV until midnight. Astro masa tu semua benda free tau. best giler! Rasanya masa tu umur Anna dalam belasan kot.So, tengah syok tengok realiti show China, tetibe macam nampak orang tengah solat. Anna pun pandanglah. Ingatkan bayang-bayang atau imaginasi... Rupanya betulllll..... REAL WEYH!
Pastu cepat-cepat Anna tutup TV and masuk bilik tidur. Esoknya Anna try tengok sejadah dekat bilik tu. YEAP! Terselak sikit dengan bahagian atas sejadah. *Kitorang biasa akan tutup sejadah lipat dua*.

Lepastu cerita dekat mak Anna, dia macam tak percaya. Dia cerita dekat kawan dia. And diorang asked me. Anna pun ceritala....

"Orang tu solat, pakai jubah putih ada serban. Dia solat tapi tak toleh pun."

then semua senyap!

-The End-

Ada lagi tapi nantilah sambung lagi...hewhew...ni pun dah rasa seram sejuk dah.

3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

My Makeup Storage from DIY

Hai!! Lama juga Anna ambil masa nak cari content yang sesuai untuk post terbaru. Hak Hak!!          Bila korang baca tajuk tu especially ...